08 April 2010

kamu penyokong aku




aku gagah berjalan di hadapannya.melindungi dia dari angin kasar,daun2 luruh yang tajam,debu yang menyesakkan nafas,serta habuk yang memedihkan mata,juga batu2 kecil yang menggigit kaki.

namun angin kini tak selemah dulu,tak selembut dulu,daun tak setumpul dulu,aku hampir rebah ke belakang.

mujur dia,menahan aku dari rebah.membuang sekelian daun,menepuk segala debu,meniup pergi segala habuk,menolak jauh batu2 kecil.

untuk aku aku kembali gah dihadapannya

p/s: terima kasih kerana menyokong aku.