25 April 2010

berdiri dihadapan dua jalan

Aku berdiri dihadapan dua jalan.aku melihat disitu ada papan tanda.dikiri ke lembah.dikanan ke puncak.aku memilih jalan yang kanan.

sepanjang perjalanan aku mencari tanda2 atau bekas2.tanda yang menunjukkan jalan itu telah dilalui orang.tanda yang memudahkan untuk menuju puncak.tanda yang menunjukkan cara untuk mengelak bahaya.

sesungguhnya jalan menuju puncak itu tidak mudah.penat.dan lelah.terkadang ada suara yang menarik untuk aku menuju kekiri tapi aku katakan tidak.kerana aku tahu kesana itu lembah.

ada yang mencadang supaya beradalah ditengah.tetapi tidak.jalan kekiri makin menjauh dari yang kanan.jika berada ditengah,pasti akan hilang arah.bergerak dalam bulatan yang tiada tujuan.

perjalanan kekanan aku masih teruskan.lopak2 air juga aku elak.terima kasih pada orang terdahulu yang menandakannya.begitu juga dengan duri2 yang telah dipatahkan.tetapi, tangan masih juga berdarah kerana aku tahu,duri sentiasa tumbuh kembali.biar aku patahkan untuk kamu yang akan datang.

aku ingin ke puncak bertemu rakan yang sedahulu.
dan darah yang menitis itu aku tinggalkan.




p/s: say hello to kura2 yang makan daun