15 March 2010

perjalanan separuh hari ini

pada pagi yang kurang sejuk itu aku telah bersiap untuk ke uni.setelah solat subuh aku cuma baring baring membaca blog orang di telefon.sudah menjadi kebiasaan untuk tidak tidur selepas subuh.ditambah pula dengan asap asap masakan Nasi Lemak Bonda AUD3.50 oleh Farhan dan Hanis di dapur.rajin sungguh mereka.

seperti biasa sebelum bertolak, aku ke meja belajar Hanis untuk memerint segala lecture note pada hari ini.sedikit malang kerana entah apa masalahnya laptop ini tidak boleh menginstall driver printer Hanis mahupun Farhan.setelah itu turun ke tingkat bawah dimana basikal diletakkan disitu.dengan menggunakan pam basikal Farhan maka dipamlah tayar basikal itu depan dan belakang.setelah semuanya selesai maka berangkatlah beta ke uni.

jam tefon burok ini menunjukkan pukul 9.00 pagi sewaktu di Brownless Biomedical Building.aku mengeluarkan student diary lalu melihat no kod buku teks yang aku perlukan untuk mengasist kestadian aku pada pagi ini.aku ke tingkat dua.rak buku buku ditingkat dua sebahagiannya dibalut dengan plastik dan ada yang dihalang dengan police tape ditepek lagi dengan kenyataan 'due to hailstrom'.

setelah mendapat buku Introduction to Genetics Analysis itu maka duduklah aku dimeja hitam.aku perlu menyiapkan diri dengan pemahamam yang jitu bersempena subjek Experiment Genetics yakni subjek prektikal yang selama 4 jam berturut turut pada setiap hari Khamis.dan sebagaimana maklum bahawa assesmentnya adalah pada tiap tiap minggu dan minggu ini tidak terkecuali.

dengan semangat yang jitu juga maka duduklah aku disitu hingga jam 12 tengah hari lalu ke Law Building lecture theatre GM15 untuk subjek Biochemistry bersama Irene Stanley yang comel selama 1 jam kemudian bergeraklah segera ke Medic Building untuk tutorial Principle of Genetics.dan pada tutorial itulah kesedaran bahawa pemahaman masih belum belum jitu.jadi pada akhir tutorial bertanyalah aku sedikit soalan untuk menambah pemahaman.

lalu aku sedar bahawa dengan 1 jam bersama tutor atau lecture, kadar pemahaman akan increse beberapa kali ganda.lagipun subjek genetic tidak memberikan jawapan untuk problem yang dipostkan di portal.jadi perlulah rajin berbincang.mungkin.

cadangnya hendak stay sampai malam, ke kuliah tafsir quran di surau pelham lalu pulang tetapi apakan daya kerana menurut newton's law N sebagai simbol SI nya, hari ini adalah giliran memasak.jadi disinilah aku sekarang mengunyah roti bakar Coles menaip naip sambil menunggu ayam defrost di dalam air panas di dalam mangkuk silver di singki apartment 4/623 drummond st,carlton north 3054,vic au.



4 comments:

bilis said...

1st

nazihahisa said...

sape Irene Stanley?? comel sgt ke? wuuu~~

cuba teka ape typo yg ade dalam ini!! *angkat tgn dgn laju*
ans:
increse :ppp

amirulhazwan said...

irene stanley ialah seorang lecturer comel.dan pandai bergaya juga.

increase increase increase

nazihahisa said...

comel dan pandai bergaya? hm.. ok :)