29 March 2010

kesukaran itu tandanya benar bukan?

kalau buat sesuatu benda, tak kisah sama ada benda itu bendasing atau bendahari, ataupun bendahara temenggung, dan tiba2 suddenly, benda itu sukar sekali hendak dilakukan, aku merasakan bahawa jika begitulah hendaknya jadi dapat aku simpulkan di bawah payung kata yakni perkara yang aku buat itu adalah perkara yang betul dan benar.

tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka.

kenapa aku berkata sedemikian rupa?
entahlah.

pengalaman kehidupan di dunia fana inilah yang berbisik bisik menggunakan angin pendingin hawa ke telinga aku yang pedih cacing kepanasan autum-winter akibat mendengar lecture sambil tersengguk.

tersengguk itu tandanya setuju.

2 comments:

comot said...

bahasa puitis tinggi sgt.. tak paham..

amirulhazwan said...

ngantuk.. Zzz