21 January 2010

I'm applying for Busking Permit here, in Melbourbe City mate.




pada hari itu aku membuka mata sambil melihat kepada sleeping beg yang berwarna merah.aku bangun menuju ke tingkap.cuaca yang baik sekali untuk tujuan hari ini.aku ingin ke bandar.ingin memohon general area busking permit.




hari itu hari selasa.hari tiada lecture.aku naik ke tingkat atas untuk print beberapa helai dokumen.kemudian aku bersiap untuk bertolak ke melbourne city.setelah semua barang dipastikan ada,aku keluar menuju ke tempat menuggu tram.hari ini juga aku berpeluang menggunakan Myki.sistem tiket tram yang terbaru.


tram dari Elizabeth St terus menuju ke Flinders St Station.di situ aku berjalan kaki sedikit menuju ke Town Hall.sempat juga mengambil beberapa gambar permandangan.


beberapa ketika kemudian maka sampailah sudah di sebuah bangunan yang amat besar.dengan penuh semangat ingin melangkah masuk tetapi aku memberi laluan kepada lelaki bersama sama anjing beliau untuk masuk dahulu.di kaunter borang itu aku serahkan dan aku diminta untuk hadir ke Safety and Amenity review pada esok hari, Rabu jam 11 pagi sebagai syarat untuk mendapatkan kelulusan permit.



Di rumah aku berfikir apakah waktu yang sesuai untuk aku bertolak dari rumah.apakah waktu yang sesuai untuk bertolak dari uni.perlukah aku membawa gitar untuk masuk ke lecture hall atau perlukah aku simpan di surau yang 9 minit jauhnya.sempatkah sedangkan lecture esok hari bermula 9pagi dan berakhir jam 11.aku juga ada lab bermula jam 2 hingga 5.ah, kenapakah semuanya perlu berlaku esok?



aku menarik sleeping beg merah kesayangan lalu tidur hingga keesokkan harinya.


2 comments:

Syafiq Asnawi said...

tanak ajak aku? aku ada gitar baru..

amirulhazwan said...

nk tgok gitar.