01 November 2009

Pastikan ada progress walaupun sedikit.




Tuan puan dan Puan Tuan.

Kebelakangan ni ada beberapa kali aku meminta tyen2 mengrekomenkan kepada aku apa lagu yang best untuk dimainkan di gitar.


(blog tyen yang kejambuan)

Sebenarnya, bukan untuk aku main sepenuhnya tetapi hanyalah untuk mencuba-cuba sambil melihat lihat teknik yang dimainkan oleh penyanyi tersebut. Selalunya, tempat untuk menuntut ilmu adalah di youtube. Melihat manusia2 lain membuat kaver lagu dengan semmatnya.

Selalunya membuat aktiviti ni memang mengambil masa, cadangnya sejam tapi melarat ke dua jam. Aih. . Dan selalunya apabila aku mencapai sesuatu tahap kesukaran, aku akan berhenti bermain dan membuat kerja2 lain yang lebih berfaedah seperti belajar misalnya. Haha.

Bukannya bererti putus asa, tetapi sememangnya untuk mengkaji dan belajar cara bermain satu2 lagu itu amat2 lah lama. Aku ni dah la lemah lagi2 dalam bahagian menukar nukar chord.

Ha, disini ada satu update mengenai cadangan membuat lagu iaitu aku sudah katakan kepada Pidut,

"Pidut, ko ada keybod kan, jom buat satu lagu nasyid"



( pidut menjawab: "ZZzzz")

Haha, apabila kita ingin melakukan satu2 perkara, yang penting ialah langkah pertama dahulu. Buat sahaja langkah pertama itu dan iA (InsyaAllah) kita akan bergerak dari satu level ke satu level. Selain itu, perlu ada progress tak kisahlah sama ada progress itu kecil ataupun besor. (saya berkata kepada diri sendiri sebenarnya ni tuan puan dan puan tuan).

Begitu juga dengan proses aku belajar gitar sekarang ini. sebagai contoh aku ingin memainkan sebuah lagu bertajuk I Miss You dari Incubus. Dan lagu ini kurang menggunakan chord dan lebih kepada fingersyle. Jadi kebetulan aku sudah mempunyai software PowerTab. Donlod file PowerTab Incubus dan software tersebut akan memainkan lagu tersebut dengan paparan tab nya sekali. Haha.

Walaupun sekarang masih tidak faham sangat tentang PowerTab (macam hang belajar Potoshop la, bukan nya hang tau semua pun pasal potoshop) tapi sekurang kurangnya aku telah menggunakan satu feature yang agak hebat dan gempak dalam powertab iaitu print. HAHA.

Dah2, lagu ni ada 6 mukasurat. Nak pi try sat.






Belum kenyataan: mencipta lagu.






Beberapa hari yang lepas, telah timbul idea di benak pemikiran

"eyp terasa nak buat satu lagu lah"

Tetapi disebabkan tiada masa dan ilmu pengetahuan jadi otak telah menafsirkan bahawa itu hanyalah angan2 kekosongan semata mata.

Hari Khamis yang lepas, merupakan tutorial gitar terakhir untuk sem kedua. apa yang hendak. . .(tertidur, keesokkan paginya selepas solat Subuh)

Selamat pagi, oh amende dah aku katakan semalam, aa waktu tutorial gitar terakhir tu, tutor ada berikan cadangan satu software iaitu PowerTab. Dah siap install dan dah cuba godam2 sikit.

Dia juga ada bagitau tentang membuat chord gitar sendiri scale. Aku agak tersentak. Aku terfikir, banyak2 scale yang aku belajar ni, apa guna semua ni? Apa itu scale?

Dan semalam aku cuba mencari info di youtube dan aku dapati, melodi berasal dari scale rupanya. Oo. .

Lalu semangat ingin membuat lagu membara. Kemudian aku terserempak dengan lagu seorang perempuan yang bernama Yuna. Tajuknya after Midnight lalu aku menganalisis lagunya dengan segala teori muzik yang aku ada. (baru beberapa hari lepas habes exam listening gitar).

Kemudian, aku mengambil gitar, mengumpulkan segala scale yang aku ada lalu memainkannya di gitar. Dan dan dan cuba bereksperimen sedikit.

Disebabkan scale leceh untuk dimainkan jadi aku menyimpan gitar setelah beberapa ketika. Dan, aku sudah tidak tahu ke arah mana hendak pergi dalam proses membuat lagu ni.

Tak apa lah. Janji sudah ada sedikit ilmu baru. Mintak2 nanti ada lagi ilham direction untuk teruskan benda alah ini ke next level.

p/s: Lagu After Midnight adalah genre jazz yang menggunakan Jazz scale. the guitar using Jazz chord but the melody is more metal maksudnya the melody come from metal scale (kalu dengar betul2, sebab tu lagu itu ada ciri2 System of Down '-' depa guna scale sama. . hahaha)


-- Post From My hpcikai