18 December 2009

Si Manja

Kucing aku Si Manja telah bergaduh pada minggu lepas.
Dan kini dalam proses pemulihan akhlak.
Mukanya menjadi huduh.
Hidungnya berlubang.
Kakinya terkoyak.

Walaubagaimanapun.
Aku masih menatap wajah Si Manja.
Mukanya tenang.
Apakah maksud pada mukanya itu.
Apakah yang sedang difikirkan Si Manja.

Aku memegang kaki Si Manja yang tempang dia menjerit sakit.
Lalu aku terfikir.
Kalau dia mampu sakit, adakah Si Manja mempunyai perasaan.
Sakit itu perasaan.
Jadi Si Manja mempunyai perasaan tenang.
Walaupun dalam keadaan sakit sebegitu?

Lalu aku berfikir lagi,
dari mana sumber kekuatan Si Manja.
dan aku dapati bukan Si Manja saja berkelakuan seperti itu.

Semua makhluk di sekelian alam KECUALI MANUSIA mengakui kebesaran-nya dan menurut perintahnya.
Bumi digali.
Pokok ditebang.
Haiwan yang membunuh sesama sendiri

Semuanya redha diperlakukan demikian
dan aku melihat wajah Si Manja lagi.
dan terdetik dihati aku Si Manja seolah olah berkata

Aku dilahirkan menjadi seekor kucing. Ini adalah fitrahku yang harus aku terima. Makan, bermain, bermanja dan bergaduh. Jika aku ingkar salah satunya maka percayalah akan hancurlah dunia ini. Aku tidak perlukan panduan untuk hidup didunia ini kerana aku hidup bergerak dengan arahan tuhan. Jadi hidupku dan matiku berada ditangannya. Aku terima sedanya. Kamu, diberi pilihan yang tidak berikan kepada kami. Pilihan samada untuk ingkar ataupun taat. Panduan sudah diberikan. Terpulang pada kamu.


3 comments:

Noorfaqihah said...
This comment has been removed by the author.
Noorfaqihah said...

hidungnya berlubang? mcm tuannye jek!!

amirulhazwan said...

haha, sume idung ada lobang. hahha