03 November 2009

Sikit2


Di dunia ini sebenarnya ada sesuatu yang menarik perhatian aku sebenarnya.

Jika di Intec dahulu, di Cemara dan di Intec, aku selalu perhatikan manusia2 yang gigih menyiapkan susur jalan.

Bermula dari menggali gali lubang, hinggalah kepada proses memasang masang atap.

Aku melihat mereka bekerja setiap hari. Mereka sungguh rajin. Jika aku ke Intec belajar, mereka masih bekerja, jika aku keluar untuk bersuka ria di oley oley pun, mereka masih lagi bekerja.

Setiap kali aku berulang alik di situ, aku dapat perhatikan binaan mereka semakin hari ada sahaja benda baharu yang dibuat dan dipasang. Kadangkala membuat aku terasa apa yang telah aku lakukan pada hari tersebut.

Aku juga perhatikan, walaupun beratus - ratus orang yang ulang alik tetapi semuanya berjalan ibarat tiada apa2 di situ. Mereka ibarat mengendahkannya bahkan tidak melihat kepada mereka sedikit pun. Adakah itu menandakan bahawa sesiapa yang berusaha melakukan sesuatu akan diperlakukan sedemikian?

Tahun lepas, ketika mengambil keputusan, aku melihat atap2 itu semuanya sudah siap. Hasilnya mengagumkan. Ia memberikan satu impak yang besar pada pelajar di situ. Semua orang menggunakannya untuk berlindung daripada matahari bahkan juga dari hujan lebat. Ibarat seperti mereka yang memperlekeh atau mengendahkan sesuatu usaha orang lain tetapi akhirnya mennggunakan apa yang orang itu usahakan.

aku kagum terhadap manusia2 yang menyiapkannya. Mereka telah meninggalksn sesuatu yang akan berada di situ selama yang mungkin dan pada waktu ini mungkin mereka sedang melakukan perkara sama di tempat lain, mungkin binaan yang lebih hebat.

Mereka membinanya dengan tekun. Tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Mereka berusaha dan terus berusaha walaupun ramai yang mengendahkan mereka dan mungkin ada yang mencaci.

Istiqamah, sabar, fokus dalam membuat sesuatu.

Aku harap aku dapat lakukan seperti mereka dalam konteks kehidupan aku sendiri.

-- Post From My hpcikai

No comments: