04 November 2009

Ilmu dan Hakikat




Manusia selalu berdoa memohon agar dikurniakan ilmu yang manfaat.

Tetapi apakah definisi ilmu yang diminta itu sebenarnya?

Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu. –Fakhruddin al-Razi, diketengahkan semula dan diperbaiki oleh Syed Naquib Al-Attas – dipetik dari Penjelasan Budaya Ilmu, Wan Mohd Nor Wan Daud.

Diharapkan selepas ini, apabila belajar, aku harap dapat merasakan ketibaan diri aku kepada makna tentang apa yang aku sedang pelajari.

atau mungkin

merasakan ketibaan diri aku kepada makna apa jua yang berlaku disekeliling.

supaya,

aku dapat mencapai ke arah hakikat perkara tersebut yang sebenar.


No comments: