16 October 2009

Rose Nazihah: Selamat Hari Jadi

Kebelakangan ini, keadaan malam di sini dan di pagar sebelah sungguh berbeza. Malam di sini kelihatannya lebih pekat berbanding di sana. Mungkin kerana itu aku menjadi cepat mengantuk.




Oh ya, malam ini pukul 12 malam aku ingin melihat bunga rose yang aku tanam untuk mekar bersama-sama CikMP. Jika mereka2 semua ke Tulip Festival, maaflah tak dapat ikut sebab aku dah ada Rose Festival.

Jadi, aku pun bersiap sedialah untuk bangun sebelum pukul 12 malam nanti. Selain berdoa supaya bidadari untuk datang kejutkan, aku juga mengambil inisiatif untuk mengarahkan anjing aku untuk menyalak sebelum pukul 12 malam nanti. Oh ya, perkenalkan, namanya Alarmifonoptus. Nama dah gempak, kan? kan?

Seperti biasa pada jam 10 malam aku mula tidak kekeruan dan kemamaimamaian. Sebelum terlelap sempat juga aku melihat matahari di bahagian rumah cik MP baru sahaja mula tenggelam. Kenapa ya? fikir punya fikir Hmm..Hmm..Zz..

Beberapa jam kemudian aku terjaga. Aku melihat hp cikai dan oh, sudah jam 7 pagi. Aku juga melihat ada kesan2 lebah2 BUZZ!! yang comel di hp cikai. Huh, kekecewaan berlaku. Aku menjadi sedikit kebengangan. Kenapa aku tidak mendengar Alarmifonoptus menyalak pada malam tadi. Di reban Alarmifonoptus aku ada melihat papan tanda kecil "not in Service".

Aku melihat sekeliling. Yep kesemua bunga rose telah mekar dengan comelnya. Sepatutnya aku melihat bunga2 bersama CikMP lalu wish pada beliau malam tadi. Lalu aku bergegas ke pagar rumah CikMP dengan harapan beliau ada di sana. Di sini sudah pagi tetapi di sana masih gelap.

Urgh sudah terlambat. Di dinding-dinding rumah CikMp sudah banyak tertampal ucapan2 dari orang lain. Haih, tak apa, masih ada ruang di situ, lalu aku menampal di dinding dengan ucapan sila lihat dalam kotak ini.




Tidak beberapa lama kemudian, CikMP terjaga dan kami pun berbicaralah disebalik pagar. Dia menceritakan suasana pada malam tadi dengan penuh rasa gembira. Aku pun senang mendengar ceritanya. Kemudian aku berkata kepada CikMp, maaf kerana tidak dapat hadir. Kemudian aku meneruskan plan yang sepatutnya aku lakukan pada malam tadi bersama-sama CikMp.

p/s: CikMp batuk2. Kat sini pun batuk2. Siyes tak tiru.






-- Post From My hpcikai

10 comments:

-nad26z- said...

ami: shweeeeeeeeeeeetnyer..comey.haha
kalah syaaz nye ucapan. ^^ *nice*

amirulhazwan said...

haha tq tq.

paan said...

cikMP ???? buah hati ??

RuGGers |8| said...

selamat hari lahir rose!!semakin tua umur dikau,semakin cekat kau dgn hari kematian mu.sesungguhnya mengingati kematian adalah ciri2 org2 y beriman..insyaAllah..

psst..acha,ko xleh lawan lagi celeb ak utk iera dlu..ahaha..n_n

NuR kHaiRunNiSa said...

ehehe..ohohoho..alololo..walaupun aku x berapa paham la alam imaginasi korang ni..hehehe.sweet!weh, nyanyi weh nyanyi smbil main gitar..=p

Syafiq Asnawi said...

Dd...like i say, ami akan buat lagi bagus dari aku.. come on ah. sapelah aku kan?

amirulhazwan said...

paan:bukan buah, tapi bunga '-'. tunang ko pe cer paan?

rodi: apa ko buat aku tak ingat. siyes x ingat. jap2. aaa~~

nisa: knp ramai org guna "alololo" haha, dah main dah gitar. heheh,

syaz: aisey syaz. common~ aknyer merapu kot. konyer r sentimentel

-nad26z- said...

ahaha.udah2.
kite biarkan dak tu sendiri yg judge :P
nisa: ami mainkan gitar jugak ker?style..hehe

i.Z.z.A.t.Y said...

rodi:ko buat ape utk ira weyh????

amirulhazwan said...

rodi x nak bgtau. kemut kedekut