29 September 2009

Uzlah

Hari ini, tidak banyak perkara dilakukan. Hari ini lebih banyak berfikir. Perkara ini bukan menganggu fikiran, tetapi perlu kepada suatu jangka masa untuk difikirkan. Rasa ini datang lagi, rasa ingin duduk sendirian dan menyendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan. Tidak tahu berapa lama masa yang perlu diambil untuk difikirkan. Jika Nabi beruzlah di Gua Hira dari kecil hingga turunnya wahyu, bagaimana pula dengan aku?

Ini adalah perang. Aku tidak boleh kalah. Siapa aku? Aku adalah ummat Rasulullah. Rasulullah adalah Nabiku. Datang dengannya adalah risalah. Risalah itu ada ditanganku.
Telah diberikan kepada langit dia menolak. Telah diberikan kepada gunung dia menolak. Kini risalah sampai kepadaku. Aku ditakdirkan beriman dengannya.

Ini adalah nikmat. Tugas ini adalah berat. Hidupku matiku kerana Allah. Tetapi kenapa banyak benda yang mengganggu. Dosa-dosa menghantui diri. Nikmat-nikmat dunia memujuk hati. Wahai diri ingatlah akan pertemuan dengan Tuhan. Pertemuan yang menentukan arah hanya dua jalan.

Wahai keyakinan datanglah kepadu, Wahai rendah diri sila keluar dari hatiku. Wahai sabar sentiasalah bersamaku. Ya, Allah tunjukkanlah jalannya kepadaku.

dan kamu,
tolong bantu aku

5 comments:

sYeNgEt ke senget?? said...

1.keyakinan tidak akan datang kalau kamu tidak mencarinya

- walaubagaimanapun tidak perlu ke Hira' untuk mencarinya.. cukuplah sekadar mencarinya dalam diri sendiri kerana keyakinan itu anugerah Allah pada setiap hambanya(manusia) cuma kita kadangkala tidak temuinya dek kerana pemikiran negatif menyelubungi diri..kembali padaNya mengadu padanya seperti nasihatmu kepada ku dahulu.. insyaAllah kamu akan menemui keyakinan.

2.rendah diri tidak akan keluar kalau kamu tidak menyingkirnya..

- rendah diri itu penting tp perlu kena pada tempatnya..jangan disingkirkan terus takut riak dan takbur mendekati diri parah di kemudian hari.. singkirkan rendah diri yg tdk perlu..yakin itu kata kunci..oleh itu dapatkan keyakinan berdasarkan method diatas '-'

3.sabar tidak akan mendampingimu jika kamu lupa kepadaNya..

- Al-Quran dan Sunnah itu peta seperti yg kamu juga beritahu padaku..banyak method diberikan untuk bersabar.. kata kuncinya juga adalah yakin, yakin padaAllah, yakin pada Qada' dan QadarNya kerana dengan itu kamu akan bersabar dengan apa juga yg berlaku dan diberikan padamu..

walaupun kamu kata kamu perlu bersendirian.. tapi ingatlah.. semua yg ada didunia ini tidak bersendirian.. Allah sentiasa bersama2 hambaNya kerana sifatNya yg Maha Penyayang..Allah tidak akan biarkan kamu bersendirian..

dan kamu juga tidak bersendirian..kerana Cintanya Allah pada hambanya yg mengingatinya..Allah kurniakan "reminder" kepada mereka dalam pelbagai bentuk musibah,ujian,manusia dan sebagainya..

saya yakin kamu mengetahui semua ini.. sekadar me-reflect '-'

*insyaAllah akan ada yg membantumu di saat kamu terlupa,terleka atau alpa..

Alhamdulillah Allah menyayangi kamu, kerana sentiasa kurniakan kamu peringatan..seperti aku juga '-' syukur~

la tahzan..

amirulhazwan said...

'-' trimas krn mengingatkn.
haha, seronok la kalau ada orang yang sentiasa memberi peringatan / pesan kpd kita.

"berpesan kpd kebenaran dan kesabaran"
'-'

RuGGers |8| said...

nk sebok jgk..
tp kne igt cha..
baginda beruzlah beribadah
ko nk beruzlah kne ikut care..
jap g uzlah2 p membuta..
smpi ke sudah la xsetel2
ni berdsrkan pengalaman..

psst..rose,ami bkn bc pn komen awak tu..pnjg sgt ktenye..letih nk bc.. n_n

sYeNgEt ke senget?? said...

ok ni nk menangis skrg ni.. baiklah..(muke mangat smbil kuar asap dr telinge) '-'

amirulhazwan said...

betul gak kan rodi. nice2. hmm..

rose, die tipu weh, takkan la tak baca, kan? kan?