07 August 2009

Perasaan yang ganjil


Mengusung gitar sambil membawa Musyaf Uthmani Tafsir Pimpinan Ar-Rahman membuatkan aku terasa satu perasaan yang ganjil.

Tafsir itu aku baru sahaja aku pinjam dari HQ. Tafsir memang antara feveret book sejak dari Form 5 lagi. Cadangnya ingin membawa dari Malaysia tapi tidak sempat di beli. Di Surau cemara ada satu dan aku membacanya jika ada kesempatan.


Hari ini bacaan yassin diadakan di CS. Walau bagaimanapun, bacaan ditukar kepada Surah AlKahfi. Surah ini antara surah feveret aku. Mula hafal (x de la sampai satu surah bai) sejak dari Form 1 lagi kerana sering mendengar imam membacanya sewaktu solat jemaah di surau maktab.




Sewaktu hafazan bersama Ustazah Azizah di Intec sem 1 dulu juga aku membaca surah ini. Banyak rupanya kenangan yang ada dengan memikirkan tentang surah ini sahaja.

Apabila bacaan dimulakan dan tafsir itu dibuka. Ada bookmark di dalamnya. Bookmark menggunakan Metkad.

Dan

Aku terpaku melihat tarikh dan tahun tiket itu divalidate. Setelah beberapa ketika, aku masuk bersama jemaah membaca surah kahfi.


-- Post From My hpcikai