16 July 2009

Seminar Mahasiswa Malaysia '-'




Apa yang menanti anda di Seminar Mahasiswa?

Pameran Penyelidikan dan Kajian (Perubatan, Sains, Kejuruteraan, Senibina, Perniagaan)

Pembentangan kertas kerja "Kepentingan pembinaan jatidiri di kalangan mahasiswa Malaysia" oleh Encik Abdul Halim Abdullah.

Sesi forum "Identiti kepimpinan harapan dan metodologi pembentukannya" Panelist - Wakil ISMA, Wakil MSD, Wakil bdan tajaan.

Aku melihat kembali video promo Seminar Mahasiswa Malaysia ini. Tapi kali ni dengan perspektif yang betul2 berbeza dari sebelum ini. Bila difikirkan kembali dari satu sudut, bolehkah anda dapat menjawab soalan ini:

Kenapa Seminar ini Diadakan?
Cuba fikirkan anda adalah orang yang proposekan Seminar ini in the first place. Jadi fikirkan kenapa anda proposekan Seminar ini pada mulanya? Kenapa anda mahu tujukan ini kepada mahasiswa? Kenapa anda memanggil Ustaz Halim? Kenapa anda memanggil Ustaz Azizi? Tidakkah anda terfikir yang anda ada suatu kesedaran yang menggerakkan anda sehinggakan anda terfikir

"Dengan kuasa/kelebihan/kemampuan yang aku ada ini, aku boleh buat satu seminar. Aku perlu lakukan seminar ni tak kira apa pun halangannya. Jadi, aku perlukan orang2 yang memahami kesedaran aku ini untuk menjayakannya"

Jadi siapkah orang2 itu? Mereka di dalam video ini adalah antara orang2 nya.

Sekarang kita fikir, kenapa video ini perlu dibuat? Apa tujuannya? Hendak ajak orang lain datang. haha, of kos la. Tapi maksud saya,

"Kenapa anda perlu sangat ajak orang lain untuk datang? Kenapa perlu ajak dia? Kenapa setiap orang itu penting? Kenapa susah payah buat video ni? Kenapa mereka sanggup buang masa untuk video ni? Kenapa susah payah fikir macam mana nak buat video ni?"

Sebanarnya jawapan tukang buat video ini hampir sama dengan tukang propose di atas iaitu

"Dengan kuasa/kelebihan/kemampuan yang aku ada ini, aku boleh buat satu video. Aku perlu lakukan video ni tak kira apa pun halangannya. Jadi, aku perlukan orang2 yang memahami kesedaran aku ini untuk menjayakannya"

Bagi para pelakon,mereka juga memahami dan mempunyai kesedaran seperti tukang video dan tukang propose di atas. Dan mereka dengan sukarela bersusah payah ingin menjayakan video promo ini.

Maka sampailah video ini kepada masyarakat. Bila kita lihat masyarakat ini ada macam2 jenis orang. Salah satunya,

mereka yang mempunyai kesedaran seperti tukang propose dan tukang buat video dan para pelakon, mereka akan pergi.

"Dengan kuasa/kelebihan/kemampuan yang aku ada ini (nikmat kesihatan, ada beskal, dekat dgn Uni sbg contohnya), aku boleh pergi seminar itu. Aku perlu pergi seminar ni tak kira apa pun halangannya. Jadi, aku perlu mengajak orang2 yang memahami kesedaran aku ini untuk pergi dan menjayakannya"

Sebagai contoh:
Dialog Tiki pada minit 2.00, minit 2.20,minit 2.46,minit 3.05.

Kalau anda perasan, diolog2 alasan kenapa pergi itu adalah alasan yang biasa kita dengar di sekeliling dan kadang2 aku dengar juga.

Tapi lagi sedih kalau dengar, "tak nak ah pergi"
haha.
nak wat camna.
jadi untuk mereka disediakan dialog " sorang je? dari beribu ribu orang?" menunjukkan yang "ko tak datang pun takpe, ko tak penting pun" (dengan nada sakarstik).

Tetapi,
pada akhir video kita lihat yang, mereka tetap mengajak semua orang datang. Tak perlu menyindir nyindir. Kerana mereka tahu, ini adalah antara cabaran yang perlu ditempuh dalam usaha untuk memahamkan orang lain.

JOM PERGI . . '-'


No comments: