07 June 2009

Tidak lama lagi . . aku . .

Aku ingin ke suatu tempat yang tinggi dan melihat manusia manusia dari bawah. Aku ingin keluar dari kelompok manusia sebentar kerana aku sudah penat dan tidak bertenaga. (tidak bermaksud aku akan masuk ke kelompok haiwan atau binatang binatangan dan tidak juga bermaksud aku masok ke kelompok tumbuh tumbuhan dan pokok pakan walaupun aku bermain game facebook BarnBuddy).

Aku cuma mahu ke tempat sebegitu untuk berfikir dan berfikir. Sambil merancang strategi baru. Strategi untuk hidup. Kerana aku ingin belajar erti hidup.(walaupun belajar proses aerobic dan anaerobic dan photosynthesis dan abaikan) Aku tidak pernah mempunyai strategi dan selepas ini aku akan memiliki sebuah.(seketul pun boleh juga tapi kurang sesuai. lebih sesuai digunakan pada "vwxy")

Tapi sebelum itu, masanya belum sampai lagi untuk ke tempat itu. Aku perlu teruskan kehidupan dalam kelompok manusia ini. Terus dan terus. Hingga waktu yang aku tunggu tunggu iaitu waktu cuti ini.

Sebelum terlupa, aku juga ingin mempunyai azam. Tidak pernah mempunyai azam rasanya.(tak tahu pulak azam tu apa rasanya, manis ke, tawar ke). Ya. Selepas ini,

tiada lagi penyesalan
tiada lagi down ke downan
tiada lagi kurang yakin
tiada lagi cinta(eh, ni lagu.abaikan)
tiada lagi rindu(ni pon lagu gak.abaikan)
tiada lagi . . .


aku tak perlu beritahu.lihat saja sendiri nanti.

p/s: Nazar untuk menghabiskan Oxford Learning Dictionary yang dibeli sehari sebelum Ssabsa sebab aku berjaya fly akan aku tunaikan selepas ini. Jangan tegur kalau nampak aku baca dictionary dalam bilik,ruang tamu,atas katil,meja makan,tram stop,dalam tram,brunswick market(tempat beli ayam),melbourne central,dalam train,Uni,surau Bouverie,library,bawah pokok South Lawn(taman Uni),dalam selimut,Cs Lygon(rumah Pidot),Princess Park(tempat main bola),Henry Park(tempat main volley),Blok M(tempat makan),Esteller(tempat makan),Italli Cafe(tempat beli hot choc),Clayton(rumah Syaas),atas kerusi pink(kerusi stadi aku),Safeway(supermarket),Big W(supermarket),Coles(Supermarket),Barkley Square(tempat beli cakoi ciken),pantai,Smith Street(tanya bebudak Adelaide),meja stadi,bawah meja stadi,tangga rumah,dan sebagainya jika ingin selamat. Buku tu berat juga la.

6 comments:

kawanmelompat said...

yeah~~ wahwahwah..
suke2.. hahahha

ape yg aku suke??
hahhaha

suke lah.. suka hati
lah..
hahha

amenda???

abaikan..

ngahahha

faham?

bagus~

psst:: cool la ami~~

amirulhazwan said...

kami tak hot,
kami cool.

Anonymous said...

cm org omsick ajee~atau kesunyian~ngee~

amirulhazwan said...

geli~ ~

Asip Hussin said...

kok kamus dibacanya, berat seyh gitu. apa enggak ada lainan buku gamaknya?

amirulhazwan said...

before ssabsa, aku nyesal sebab vocabulary tak improve, so aku bernazar ria lah utk membaca kamus.

haha.