06 June 2009

Tenang Sementara

Suasana sejuk dan kelam di ruang tamu di Henry St. Kelihatan dua orang berjemaah sembahyang Isyak. Lambat sedikit hari ini. Pukul 11 lebih.


Selesai solat Isyak berjemaah bersama Hanis. Hanis meneruskan rutin hariannya untuk sembahyang sunat ba'da Isyak. Aku hanya duduk bersila, membuat apa yang biasa dilakukan selepas solat. Kemudian, aku berbaring, kaki dialihkan sedikit dari kiblat,satu lengan menutup mata dari silau silau cahaya yang kelam itu dan sebelah lagi di dalam poket sweater kesayangan. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan.

Bunyi derapan kaki Hanis ke tingkat atas adalah bunyi terakhir yang aku dengar, sebelum aku di bawa ke dunia yang entah mana. Kosong. Sunyi. Hanya aku seorang di ruang tamu di tingkat bawah bersama sama sejadah.

1 minit berlalu . .

30 minit berlalu . .

Tersedar. Menarik nafas dalam dalam. Hembus. Terkebil kebil sebentar. Apakah ini, sungguh tenang rasanya. Perasaan yang sama. Sama seperti waktu itu. Waktu dimana tertidur selepas Solat Isyak di surau cemara dan bangun pada pukul 12 lebih. Tiada lagi orang di surau. Tiada lagi hingar bingar manusia berdiskusi di Setabak Cemara itu. Hanya aku, satu lampu dan satu kipas surau yang ditinggalkan bernyala oleh jemaah khusus untuk aku barangkali. Terkebil lagi, dan terus terkebil. Aku dimana sebenarnya? Di surau cemara atau di rumah? Aku tidak peduli semua itu. Hanya rasa seperti ingin terus baring dan terus baring. Tapi, itulah. Nikmat tenang ini tidak lama. Cuma sementara. Aku kembali duduk bersila. Aku memandang sekeliling. Kosong hanya aku. Lalu sejadah dilipat kemas, cermin mata diambil terus menuju ke suis. Mata dipejam perlahan. Lampu ruang tamu yang kelam itu ditutup.


gelap~ ~

No comments: