28 June 2009

Saya Bermimpi Saya Dirompak



Pada suatu hari, saya rasa sudah petang pada waktu itu, suasana sudah mula gelap dan saya harus pulang.

Saya rasa saya berada di Flinders St, jalan paling akhir di city, ekoran jam besar dan juga design bangunan lama yang dilihat di situ. Saya pun mulakan langkah.

Saya menuju ke tram stop berdekatan.Angin bertiup sejuk dan saya harus mendaki sedikit jalan yang berbukit. Sampai di tram stop, secara memikirkan apa tram dan jalan yang patut saya lalu.

Kemudian beberapa nombor tram dan jalan yang dilaluinya flash di hadapan saya. Jalan yang dilalui langsung tidak ada di melbourne dan sungguh pelik nama2 jalan itu.

Sedang saya menunggu tram. Saya menggenggam 2 siling 2 dollar. Secara tiba2 dua lelaki cilaka berbaju hitam datang kepada saya. Mereka ingin mengepau wang saya.

Saya tidak ingat apa yang saya katakan pada waktu itu. Saya tidak ingin bergaduh. Lelaki itu semakin rapat dengan saya lalu saya hulurkan 4 dollar itu.Akhirnya mereka pergi ke sebuah gudang barangkali. Biarlah.

Kemudian, saya merasakan bahawa dompet hitam kuiksilver saya telah diambil. Cilaka betul. Lalu saya masuk ke gudang itu. Saya melihat lelaki cilaka yang mengepau saya sedang membelek belek dompet saya itu.

Tiba tiba beg galas saya dirampas lagi seorang lelaki. Ah tidak beg itu! Aargh! Bengang. Saya menuju lalu merampas dompet saya kembali. Saya mengutip beberapa wang kertas 1 hinggit yang bergelimpangan. Warna biru dan ada gambar agong tu kan? Ha, betulla.

"Ni apa ni" kata lagi seorang lelaki yang menyelongkar beg galas saya.

"Pulangkan wedding plan itu!" saya menjadi bengang lalu merampas kembali semua barang. Pelik kenapa tiada pergaduhan.

Tiba tiba pintu gudang itu terbuka. Berdirinya seorang gadis bertudung dengan gaya pose hari raya tak boleh blah. Cahaya dari belakang gadis itu membuatkan dirinya gelap. Wajahnya tidak kelihatan.

"Siapa??!!" tanya dua lelaki itu..

Gadis itu tidak menjawab. Dia menghampiri ke arah saya yang sedang terduduk ( tiba tiba aku terduduk pulak kan, hak ala. .) lalu menghulurkan tangan. Wajahnya amat poyo ibarat Son Goku baru menjadi Super Saiya.

Oh, Cik Mata Panda rupanya. Tapi muka poyo Goku baru jadi super saiya masih tidak berubah. Begitu juga efek cahaya dari luar pintu gudang. Dua lelaki itu cuak dan tidak bergerak. Kami mengutip barang barang yang terjatuh lalu keluar.

Sebelum keluar gadis itu bersuara kepada dua orang cilaka itu

" Kamu kenal siapa lelaki ( aku) ini?

Dua lelaki itu tidak menjawab. Tapi aku dapat rasakan aku adalah seorang lelaki yang amat2 hebat cuma malas nak tunjuk power ja. Kih3. Lalu aku terjaga.

Aku terfikir. Apa gadis itu akan jawab pada soalannya.

Mungkin dia akan jawab

"lelaki (aku) ini ialah. . . . . ."

entah. .

'_'
-- Post From My mimpi

No comments: