27 June 2009

Ketidakpuashatian terhadap satu alternatif ini



"Cik MP?!, Cik Mp dgr tak"

"Tak, bunyi bising, macam lori lalu sebelah rumah!"

"Cik Mata Panda, suara cik sangkut2,"

"Tak dgr! Tak Dgr! suara jauh, walaupun hakikatnya kita memang jauh.!"


Uuh. . saya amat tidak berpuas hati dengan sistem komunikasi yang saya gunakan untuk contact Cik Mata Panda.

Entah kenapa, perkara2 sedemikian boleh terjadi pada waktu itu. Ia membuat saya terfikir, kenapa cuma waktu itu? Perkara ini sering sangat terjadi. Uuh.

Saya ingin mencari waktu yang lain tetapi bagi saya mustahil untuk Cik Mp. Masa Cik Mp amat berharga, bukan, tidak ternilai harganya dan Cik Mp ada sesuatu yang perlu diselesaikan. Tidakkah kamu nampak semangatnya yang berkibaran dari pandangan matanya yang lebam itu? Saya dapat rasakannya walaupun saya tidak nampak.

Saya tidak tahu apa puncanya. Cuma waktu begitu yang sesuai bagi cik dan saya. Saya rasakan saya tidak berlaku adil pada cik. Ini tidak adil bagi cik. Lagipun, saya nak dengar cerita cik lagi. Saya nak tahu apa yang cik rasa. Cik gembirakah, sedihkah, geramkah, semua itu penting bagi saya.

Kalau begitu , saya harus kerja keras lagi. Saya mahu cik gembira, dan sentiasa rasa dekat dengan saya. buat Kih3, segan.


Hmm, cadangan?


-- Post From My hpcikai


No comments: