30 June 2009

Hasil Pemburuan Di Queen Victoria's Market (wuff! wuff!)

Uuh, bangun bangun pagi lagi sudah dikejutkan oleh Mohd Pidut. Rasanya sudah cukup puas aku berehat semalam. Aku berehat di tempat yang tinggi. Seronok, sejuk, ym malam malam. Keadaan berehat aku juga disedari oleh Mohd Pidut. Jadi, seperti yang anda dapat lihat dari gambarajah dibawah sila buat ulasan tepat tepat 475.3 patah perkataan (abaikan)


(aku tak tidoq tapi baring baring saja, pas subuh tido balik ma. .)

Jadi seperti yang anda dapat lihat dari perbualan mesra di atas, aku akan ke Vic Mat pada pukul 11 pagi. Jadi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal pukul 11.45 tengah hari baru aku menaiki tram. Jadi terdapat sedikit kerugian masa di situ. Maksud saya jika saya validate metkad (tiket tram) saya pada pukul 12.01 minit, maka saya berada dalam golongan orang2 yang beruntung.

kes 1
waktu validate: 11.45
di round upkan hingga jam: 12.00
tempoh sah 2 jam hingga jam: 2 petang
jumlah tempoh sah + round up: 2 jam 15 minit
kesimpulan:rugi gila

kes 2
waktu validate: 12.01
di round upkan hingga jam: 1.00 petang
tempoh sah 2 jam hingga jam: 3 petang
jumlah tempoh sah+round up: 2 jam 59 minit
kesimpulan: untungnya

Jadi sampai di sini sahaja kisah tiket tram. Nak paham belilah sendiri dan rasailah sendiri dengan tangan sendiri dengan akal sendiri dengan (abaikan)

Aku terus memulakan pemburuan (wuff wuff) apabila sampai di VM. Tetapi alangkah kecewanya kerana ada beberapa dollar sahaja di dalam dompet. Maka aku harus mencari bank. Jadi di mana bank? Mana? Mana? Setelah bertafakur nasional seketika maka datanglah idea menggunakan khidmat hpcikai 3G software 3.0 yang baru diupdate.



(aku yang bintik biru tu, atm yang pin merah tu. aku rasa aku semmat dalam kaler biru)

Ya, setelah mendapat wang dari bank maka pemburuan (wuff! wuff!) pun bermula. Gedebuk gedebak gedebuk gedebak maka telah selesai aku berburu. Lupa pulak aku nak nyatakan di sini bahawa tujuan pemburuan kali ini adalah untuk Ski Trip pada esok hari iaitu hari Rabu. Jadi apakah hasil pemburuan (wuff! wuff!) kali ini? Mari kita lihat betapa segak dan semmatnya aku pada esok hari bersama salju salju beterbangan di la la la~ (abaikan). TADA!!



(HENSHIN!!)
nota: mesti la aku pakai seluar esok, takkan la pakai stokin sampai peha. Amnde. dalam ni mana ada aku beli seluar so tak tunjuk la dalam gambar ni, adooyyaii.
p/s: waktu beli jacket tu, aunty mexico tu kata ada tiga kaler, kelabu tahi anjing (wuff! wuff!), dan putih. Aku try biru first then dia kata tak payah try kaler yang lain. Bwahaha!! (paham tak apa aku nak sampaikan ni? tak paham, abaikan)

Bwahaha! semmat tak? Smart tag (abaikan). Inilah aku pada esok hari. Jadi anda mesti tertanya tanyaan berapakah nilai hasil pemburuan (wuff! wuff!) kali ini.

Thinsulate Insulation® Hat= $20
Blackeye® Neck warmer= $10
Huski (wuff! wuff!) explorer Reflective jackets®= $65
Thinsulate Insulation® Gloves= $15
Waterproof Sling Beg Tiada Jenama©= $15
Holeproof Explorer® socks= $8

Total= $133

Buka dompet,
ambil resit akaun bank.
Available balance= kriik kriik kriik. . .


 


2 comments:

nazihahisa said...

whoa...$133 kecing.. kecing $$$

btw.. biru mmg sntiasa terbaik ah! well kale fav sape... hahhaha

amirulhazwan said...

nak kecing jgn kecing kt blog aku weih, ini bukan tandas awam ok. haha.

mana ak tau fav sapa. pedulik pa aku. kih3