29 May 2009

manusia berubah.

adakah kalian terasa seperti orang sekeliling anda bersikap aneh pada anda dan anda dengan direct attacknya berkata kepada orang sekeliling anda itu,

"ko macam pelik ah?"


lalu bermacam-macam bermain di fikiran kalian. Mungkin buat kalian marah, dicampur sakit hati, kesedihan senang cerita bercampur baur perasaannya.

Nanti, jangan dituduh melulu.

adakah anda terfikir, atau pernah berfikir, bahawa,
bila kalian berubah (kalian tahu bahawa kalian berubah dan kalian menceritakan kepada dunia bahawa aku telah berubah! dan sewaktu dengannya)
adakah anda menyangka bahawa layanan orang sekeliling anda akan sama?


Iya sama tapi pada permulaan sahaja.
Kenapa?
Kerana kami mendapati layanan kami sudah tidak complemantary dengan kalian dan kami merasakan suatu rejection yang amat kuat.


Jadi, kami di sini perlukan masa untuk mengenal siapa kalian yang baru itu, apa kegemaran baru kalian, apa kalian suka, apa kalian tidak suka, apa yang kalian sibukkan, bilakah kalian lapang dan sebagainya.

Dalam proses mengenal kalian mungkin kami salah faham. Kami sedaya upaya mencari masa lapang anda dan walaupun kadangla kala kami terasa seperti kanak kanak yang minta ibunya untuk bermain sedangkan ibunya sedang sibuk dengan tugasan di dapur atau sebagainya. Jadi kanak2 itu masih belum faham.

dan salah satu kemungkinannya,














jika ibunya memarahi kanak kanak itu dan kanak itu duduk diam, atau membuat aktivitas lainnya lalu si ibu terlupa bahawa anak yang telah telah ditegur dengan caranya itu mengassume,

anakku telah berubah.




p/s: kesedaran untuk melakukan sesuatu itu datang dari hati.

2 comments:

rakanlompat2 said...

people do change..
but saya bersetuju dgn pendapat anda!

amirulhazwan said...

thanks sahAbat yg melompat,
tp aku rasa aku lg suka aku punya p/s.
wat penat tulih pepanjang.