17 May 2009

Balik Kampung

Minggu lepas kalian tahu yang saya ke rumah Pidot. Selama 2 hari satu malam. Tapi minggu ini kalian akan diberitahu yang saya telah balik kampung.

Suasana hiruk pikuk di kota ini sedikit sebanyak memberi rasa cliche. Begitu juga dengan suasana di dalam kamar henry tingkat 2. Keaadan yang kemas lagi tersusun diikuti lagu lagan evergreen dari laptop Mr S.U.F.b.S.N sedikit sebanyak memberi rasa sayang hei.. rasa sayang sayang hei.. abaikan.

Maka, alkisah di suatu hari, saya mendapat panggilan dari seorang rakan lama. Niatnya ingin menjemput saya ke Roti Canai Festival (RCF) diiringi dengan gosip gosip panas beliau. Oleh kerana itu maka saya pun bersiaplah untuk pulang ke kampung.

Lalu berangkatlah saya ke rumah beliau pada Jumaat petang. Lalu sampailah saya ke rumah beliau. Lalu tidurlah saya di rumah beliau. Lalu ber Roti Canai Festivallah saya di rumah beliau. Lalu hari ini hari Ahad haruslah saya pulang dari rumah beliau.

Maaf tiada gambar untuk saya pertontonkan. Apabila saya tidak tergerak untuk mengambil gambar walaupun kenangan itu tidak ingin saya lupakan itu bermakna..
bermakna saya dalam keadaan..
keadaan yang..
huh..
entah.







Biar saya simpan sahaja ke dalam memori. Bila bila masa saja saya boleh kembali
ke keadaan itu,
ke masa itu,
dan rasa perasaan itu,
pada waktu itu.





Adakah rumah beliau bosan. Suasana perkampungan? Tidak. Tidak sama sekali. Kedatangan saya ke rumah beliau bagi saya amat bermakna. Amat menghiburkan. Amat mengenyangkan. Amat menyejukkan. Cuma mungkin mood saya minggu (bukan down!) ini membuatkan saya tidak mahu bercerita kepada kalian

apakah unsur menghiburkan itu.
apakah unsur mengenyangkan itu.

Jadi, entahlah. Seperti ada suatu perasaan yang mengganggu gugat dan dan..

iya.. di rumah ini ada suatu unsur..








unsur yang mengingatkan saya..












p/s: Walau kemana saya pergi, saya tidak boleh lari dengan unsur mengingatkan itu.
entah. Amende..

p/s: Saya serahkan kepada beliau untuk membuat liputan. Saya pasti liputan beliau pasti hebat. Nanti saya bagi link kepada kalian. Hmm.

4 comments:

ARe-TEh said...

teringat kampung halaman?
persisiran pantai?
bau ombak dan pasir laut?
nelayan trn sampan di senja hari?
kat sana pn ade kn
di mana bumi di pijak di situ langit di junjung(xde kaitan)
ingin hirup udara Malaysia?
lawati lah ZOOM IN MALAYSIA 2009
terdapat bnyk tempat utk di lawati(xde kaitan)

hahahaha
~commercial~~~

orgsukelompat2~ said...

amendakah?
apekah?
kenapakah?
pelikkah?
wuuuuuuuuuuu~

mari melompat2...;D

Baizura said...

sungguh sasterawanitisme anda ini. hehee

amirulhazwan said...

atih: tau la tgah exam. mengong2 lak eh. haHA.

lelompat; AMENDE!!

baizura: mm? haha