21 April 2009

Terlalu memilih, terlalu mengharap dan berubah

Semalam buat pertama kalinya selepas cuti easter aku kembali manghadap Kellogs kegemaran bersama-sama susu kePURA-PURAan. Tapi, mendapati bahawa gabungan itu sudah tidak sedap lagi. Walaupun aku cuba menambah stroberi tapi masih tidak sedap.

Sebentar tadi aku rasa terpanggil untuk cuba sekali lagi Kellogs bersama sama susu kePURA-PURAan. Kali ini pertama kalinya ditambah Australia Honey. Tapi, masih lagi tidak sedap.

Aku termenung sekejap. Bakpo gak nih. Aku sukakan Kellogs tapi entah kenapa aku dah tak suka Kellogs lagi. Kenapakah....

Aku pandang Pak Cik Tobi. cereal yang aku kutuk-kutuk dulu. Aku pandang juga Kellogs with Almond yang aku tak mo beli sebab mahal.

Aku rasa sedikit segan jika aku berubah citarasa. Apa jadi kalau aku suka cereal Pak Cik Tobi. Apa jadi kalau aku suka Kellogs Almond pula. Apa jadi dengan Kellogs yang lama? Banyak lagi tak habis ni.

Ada sedikit terasa Unidentified Feeling Object(UFO). Aku UFO kalau kalau apa yang aku suka sekarang ini, aku tak suka lagi lepas ni. Aku UFO kalau kalau apa yang aku nak sangat selama ini, aku dah tak nak lagi. aih, aku rasa UFO.

'Aih, dulu kata suka benda ni, sekarang tak suka dah?'
'Aih, dulu kata tak suka sekarang suka dah?'

Mungkin aku terlalu memilih nak yang tu nak yang ni.
Nak macam tu nak macam ni.

Mungkin aku terlalu mengharap yang tu mengharap yang ni,

Rasa seperti perlu kembali kepada asal.
'Ko suka makan apa?'
'Entah, tak tau.'

'Ko suka main apa?'
'Entah, tak tau'

Selalu kita berkata kita suka tu dan kita suka ini, tapi kekadang terlepas pandang bahawa orang sekeliling kita lebih kenal siapa diri kita sebenarnya.

p/s: Amende ko merapu ni AmirulHazwan?
p/s/s: Kellogs adalah Kellogs, PC Tobi adalah PC Tobi, bukan orang lain.

12 comments:

nazihahisa said...

erm...(buat2 paham)

amirulhazwan said...

(buat2 senyum)

Anonymous said...

apekah ade maksud lain di sebalik post ini?

amirulhazwan said...

takde (rasanya),
cuma cuma,
gerak balas akibat orang sekeliling kata kita dah lain.

lain?
mm...

kuteng said...

ko makin byk mengarut kn skrg ami..
astagha..
hehe..

amirulhazwan said...

agak r

NuR kHaiRunNiSa said...

haaa..try la cereal baru.."Light&tasty=Triple Berry"..sedap n berkhasiat..heheh,=P

amirulhazwan said...

ringan dan sedap tiga kali beri?
Cam best.
nanti cari ah.
haha

NuR kHaiRunNiSa said...

tp tp..ade budak rumah aku kate triple berry tu mcm mknn burung..or mknn hamster..hahahaha=P

amirulhazwan said...

mana la tau~~
kalau2 aku suka,
haha

Baizura said...

kat sane ade x artificial product? cm kat cni ade kellog tu pastu die come out with product yg similar ngan kellog cume cheaper sket, great value name brand die. rs lebeh kurang tp kurang sdapla. ckp psl food aku suke. haha

amirulhazwan said...

hahaha,
sini ada ja product yang adik beradik dengan TESCO kat malaysia tu. Dia guna brand dia sendiri. Janji murah