29 April 2009

Tak Ada Plan Lagi

1.Ambil 2 sosej dalam peti sejuk. ( Amaran: jangan dibaling sosej keras tersebut ke kepala orang. Ia bersifat menghakis )

2.Panaskan sosej di dalam maikrowev selama seminit. Sementara tunggu masak turunkan roti dari rak, ambil pisau, sudu dan sos.

3. Potong setiap sosej kepada dua bahagian. Sapukan sos di roti, letakkan dua bahagian sosej dan kapitkan dengan roti Jenama Rumah.

4.Makan sandwich sosej jenama rumah dengan sepenuh hati. Jangan lupa untuk menggigil kesejukan.

5.Setelah habis, minum secukup haus, ambil lagi dua bahagian sosoej yang ditinggalkan tadi untuk diratah di dalam bilik masing-masing. ( Amaran: perhatikan juga makhluk makhluk yang ingin mengepau sosej anda. Disarankan untuk masukkan sosej ke dalam mulut secara keseluruhan dahulu untuk mengelak dari dipau. )

6.Sambung aktivitas aktivitas yang anda tinggalkan sebentar tadi.

Aaa.. sejuk dan sejuk dan sejuk. Aku perlu makan untuk menambah haba dalam badan. Suhu rendah mengakibatkan tahap kerajinan untuk ke kuliah semakin merudum dum dum.

Jadi untuk menyedapkan hati, kita tambah sos dan masukkan dalam mikrowave seperti diatas (abaikan ). Untuk menyedapkan hati maka kita setadilah dan cover apa apa yang patut. Jangan lupa cover aurat sekali. Malu orang tengok.

Kalau anda tanya apa plan winter ini.. maka saya tak ada plan lagi. Ada nak ke NZ ada nak ke Tasmania.Tapi, aku rasa aku tak mahu ke mana mana. Rasanya macam

Nak beli X box atau PS3 atau Nintendo atau PSP, main dalam sleeping beg ditemani mini heater. Aku dah la 'cool' tambah tambah lagi winter ni, jadi tak mau ah keluar rumah. Nak elakkan fitnah.

Uih dah 9.30, nak siap pi prac chem.




p/s: asal aku terasa aku dah tertinggal 1 prac? Tiiidaaaakkkk......

7 comments:

nazihahisa said...

sengalism dikesan~ virus org2 plek menular~

amirulhazwan said...

intruder alert!2

.:DeXmA:. said...

berhibernate je ke winter ni?
nk mnambahkn isi badan ek?
haha~

NuR kHaiRunNiSa said...

berbungkus je lah dpt sleeping bag tuh..

amirulhazwan said...

dexma: jgn tekejut kalu ak gmok

khai:cm x bagi ak brbungkus jek

nazihahisa said...

hahah hibernate cm beruang kutub keding~ lalalla~

amirulhazwan said...

ulloh..