20 April 2009

Basikal pink helmet putih

Pagi tadi cuaca sejuk. Ada kabus. 8 darjah selsius. Seorang kanak-kanak melbourne bertungkus lumus menyipakkan menyiapkan sebuah essay untuk dihantar. Setelah siap maka keluarlah dia dari rumah dengan gembira sambil mengeluarkan asap dari mulut seperti seorang perokok sejati.

Tepat jam 10.45 pagi maka bersiaplah dia untuk ke kuliah Bio. Essay kesayangan dibalut rapi dengan sarung kertas A4 sebundle yang baru habis semalam. Takut hujan nanti basah. Setelah bersiap, dia mengambil skarf Unimelb yang telah lama dibeli dan memakainya lalu bermonolog sendirian.

Asal aku semakin hensem?

Bila rasa semuanya telah lengkap, pintu pagar dibuka lalu meluncur laju ke UniMelb. Cih, tangan semakin beku. Kaki semakin kejang. Sejuk, lama tidak menunggang Avanti. Selang beberapa minit, Avanti diperlahankan dan melilau lilau mencari tempat parking. Ahah, di situ ada satu tiang yang boleh dikongsi satu lagi basikal.

Dia menghampiri basikal tersebut lalu mengunci di tiang yang sama. Secara tidak sengaja lampu hadapan Avanti terjatuh. Dia memerhatikan basikal tersebut. Basikal pink berhelmet putih. Lawanya basikal. lalu bermonolog sendirian:

Mesti empunya beskal cun dan baek hati.

sudah pukul 11, dia meninggalkan helmet di handle Avanti lalu ke dewan kuliah. Sejam kemudian dia kembali ke parkir basikal seperti biasa. Di hotaknya hanya fikirkan mahu pulang dan makan. Sewaktu mengambil helmet, ada sesuatu di dalamnya:

Apa ni? 
Eh?
Ini lampu depan Avanti.
Aa?
Oo ya, lupa nak ambil bila terjatuh tadi.
Siapa yang?
Ah, mungkinkah.?






6 comments:

orkedkhaled said...

mungkin ape abg ami
=p
mungkin hantu lalu
dan letak dlm helmet
=p

amirulhazwan said...

uih, kene bace ayat kursi neh.

Anonymous said...

bkn r
bace r doa naek kenderaan
=p

amirulhazwan said...

ahaha, btul btul

'_'

nazihahisa said...

monolog sendirian yg sungguh tak bleh blah! hahahaha

mungkin beliau juge bermonolog dalaman "mamat ni buang sampah merata2.. (dlm english)" hohoho

amirulhazwan said...

ulloh!