17 April 2009

Aku Pulang

Misi Kamen Rider Kiva sudah tercapai,
maka Kiva mengambil kesempatan untuk berjalan jalan di tempat persembunyian sang vampire.

Sempat juga Kiva ke sebuah tempat untuk memetik seteroberi sebagai bekalan untuk pulang nanti.

Beberapa keping gambar juga diambil sebagai kekenangan bersama sang vampire dan rerakan.

Lalu sudah tiba masa Kiva harus pulang. Maka Kiva bertukar kepada bentuk yang asal lalu Henshin semula

Henshin!

kepada Kamen Rider Faiz pula. Kenapa? Ini kerana Faiz mempunyai sebuah motor bernama Auto Vajin.

Faiz memanggil auto vajin. Faiz merasakan malas untuk menunggang pada hari ini lalu mensetkan kepada auto pilot.

Pukul 8.15 kita bertolak
kata auto vajin kepada Faiz.
Vampire dan rerakan juga turut hadir
mengucapkan selamat tinggal kepada Faiz.

Tepat 8.15 Faiz bertolak
Faiz bersandar sambil mengenang kembali
saat di tempat persembunyian vampire

p/s; tak sangka vampire memakai skarf pemberian Rider

--
Posted in Auto Vajin, 2009-04-17 20:42:53 +0930

No comments: