Showing posts with label khalifah. Show all posts
Showing posts with label khalifah. Show all posts

13 June 2010

Dokumentari Occupation 101: untuk tingkatkan pemahaman tentang konflik Israel-Palestin


Occupation 101 ialah sebuah award winning film-documentary yang memberikan analisis komprehensif berkaitan konflik Israel - Palestin.

Luangkan masa untuk menonton dokumentari ini bagi meningkatkan pemahaman kita tentang isu ini.

Antaranya ialah bagaimana bermula isu ini.
Bagaimana negara Isreal ditubuhkan?
Mengapa negara Israel perlu ditubuhkan pada mulanya?
Mengapa rakyat Palestin tetap melawan walaupun dengan membaling batu?
dan banyak lagi.

Ini adalah siri pertama dari dokumentari Occupation 101.
Tonton siri seterusnya.
Lebih lanjut untuk dokumentari ini atau ingin membeli dvd Occupation 101di website http://www.occupation101.com/




p/s: don't forget to share this post '-' by tweet, facebook, or copy paste to your blog.

07 January 2010

Jaulah Melbourne-Adelaide part 5 (Raya Haji di Adelaide)

Pertama kali dalam hidup beraya haji di perantauan..




hmm rasanya video ini sudah dibuat dalam bentuk super kualiti tinggi tapi tidak diketahui  punca video menjdai (amik ko sampi typo2) kecik, salah tekan barangkali.




21 November 2009

Islamku


Selesai sudah jemaah solat Maghrib di masjid di Michael St. Aku singgah solat di situ bersama sama Azlan, Hiqbal dan Pidut kerana selepas itu kami akan bergerak ke rumah Azlan untuk sesi halaqah.

Hari ini begitu ramai jemaah di situ. Yang kecil, tua, muda dari pelbagai bangsa yang hadir. Mereka bersalam salaman sambil bertanyakan khabar antara satu dengan yang lain.

Apabila aku melihat seorang budak kecil berwajah mat salleh mata biru rambut kuning memberi dan menjawab salam, rasa sedikit janggal. Biasanya yang terbayang di fikiran bila sebut tentang orang Islam ialah yang berwajah Melayu atau Arab.

Perkara ini buat aku fikir sejenak tentang bagaimana keadaannya sewaktu di zanan kegemilangan Islam. Bayangkan pada zaman ini, hampir 2/3 dunia mengamalkan kehidupan Islam. Apa yang dilihat secara minoriti dan janggal pada waktu ini adalah perkara majoriti dan biasa pada waktu itu.

Walau bagaimanapun hari ini aku berada di dunia yang mana Islam bukan lagi di zaman kegemilangannya. Aku berada di dunia yang mana Islamnya berpecah dan puak puak. Aku berada di zaman yang Islamnya bermacam macam rupa. Aku berada di zaman yang umatnya dihina dan nyawanya tiada nilai.

sedangkan yang dibunuh itu saudara Islamku sendiri.

Tapi aku yakin satu hari nanti Islam akan bangkit kembali. Dan sekali lagi aku tidak dapat bayangkan bagaimana zaman yang penuh lalai ini akan jatuh dan Islam bangkit semula.

Walau aku tidak dapat berada pada zaman itu, sekurang kurangnya aku ingin menjadi salah seorang yang membinanya.

Amin.

-- Post From 3 am

15 November 2009

Sayang disayang.

Dan apabila seseorang yang amat dirinya sayang menyuruh dirinya berdiri di tengah jalan raya untuk dilanggar kereta, tidak akan dilakukannya perkara bodoh itu.

Tetapi,

sekiranya orang yang disayangi itu dalam bahaya, nescaya perkara bodoh itu akan dilakukannya.

Dengan cinta
yang bodoh nampak suci.
yang bodoh itu suci.


Cinta ilahi cinta nabi,
cinta family abi dan ummi
cinta zaujati cinta isteri
cinta akhi silaturrahimi
cinta diri terakhir sekali.


14 October 2009

Exam

Akhir tahun, ujian sudah dekat. Semua subjek perlu diulangkaji. Dan itu, cara kita bersedia.




Kita tahu kita ada ujian, kita tahu tarikh bermula ujian. Dan kita boleh bersedia sebelum tarikh ujian. Ujian ini menggunakan banyak ATP dan memenatkan otak didalam tengkorak.

Tetapi bagaimana pula dengan ujian ini,

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;
(Al - Baqarah 2:155)

Jika kita diuji dengan semua2 ni, apa perlu kita buat? Apa orang2 sebelum kita yang dah lalui semua ini lakukan untuk hadapi semua ini?


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

(Al-Baqarah 2:156)

p/s: Apa yang kita selalu kata?


13 October 2009

Tiada Dukacita



( berkongsi masalah)



Manusia sering menginginkan seseorang untuk menemaninya di waktu dirinya didalam kesusahan.Walaupun sekiranya dia tidak dapat membantu, tetapi kehadirannya untuk mendengar masalah kita, bagi kita itu sudah cukup rasanya. Lagi2 jika dia mengatakan.

Jangan bimbang, semuanya akan ok.

Walaupun kita tahu, dia juga tidak boleh selesaikan apa2 masalah kita, tetapi kata2nya sudah cukup untuk kita merasakan seperti masalah kita sudah separuh dapat diselesaikan. Dan juga, masalah itu tetap juga telah berlaku.


( sekurang2nya kita berasa lega walaupun seketika)

Jadi, ada sesiapakah yang dapat berjanji kepada kita tidak akan berasa bimbang dan tiada dukacita berlaku pada kita? Woo.. Ada, ada.


بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Caranya:
1. Serahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.wt.
2. Berusaha memperbaiki amalan kita.

Hasilnya:
1. Beroleh pahala.
2. Tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)
3. Tidak akan berdukacita.

'-'



(jom2 perbaiki amal deh)

p/s: 2 gambar dia atas sekadar hiasan. Apa standed. cuma untuk dijadikan hiasan je. Naseb bek x jadi kain lap kaki ke apa. Guau2 weh.












12 October 2009

Sabar


Saudara Azlan memberikan Tazkirah selepas Qiam dan Solat Subuh berjemaah bertajuk Doa pada program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT)


Sabar tak semestinya sewaktu menahan marah.
Waktu susah juga perlu bersabar.
Diwaktu susah mintalah pertolongan.
Dengan jalan apa?
Tentulah hanya dengan Sabar dan Solat.
bukan Solat dan Sabar.

mengerti?

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Al-Baqaraah 2:45)

bagus '-'


07 October 2009

Manusia dan Kesusahannya


 ( nak menag Volley pon satu masalah juga )

Minggu ini, entah kebetulan barangkali, rakan2 disekeliling aku mempunyai masalah.

Semua manusia ada masalah. Terpulang samada masalah itu besar atau kecil.

Juga terpulang samada ingin melihat masalah itu besar atau kecil.

Masalah besar dilihat kecil mahupun masalah kecil yang dilihat besar juga satu masalah.

Aku melihat manusia sentiasa berada dalam kesusahan. Masalah jasmani. seperti demam, batuk2, sakit kaki, pening kepala, dan macam2 lagi. Begitu juga dengan masalah rohani seperti risau, resah gelisah, rasa kosong dan sebagainya.






 ( lapar: masalh rohani atau fizikal? )

Itulah manusia. Kita ini diciptakan lemah. Mungkin itu tandanya kita perlu beringat yang kita sentiasa bergantung kepadaNya.

Aku perasan kadangkala kita melihat masalah orang lain itu tidaklah besar mana dan kita boleh selesaikannya dengan mudah. Lagi2 jika kita pernah hadapi semua itu. Mungkin sebab itu kita disuruh untuk membantu orang lain juga. Itulah gunanya sahabat. Bukankah orang Islam itu bersaudara?


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); 

(Al-Balad 90:4)





( kita ikhwan@bersaudara )



-- Post From My hpcikai

04 October 2009

Susah hati ya. .

Apabila sesuatu telah berlaku, hati menjadi resah gelisah.



 (26 Oct 08)


Apabila sesuatu semakin menghampiri, hati menjadi keluh kesah.


( 27 oct 08)

Diri menjadi risau, jiwa semakin kacau.


( conteng2 antara 65 tanda jiwa kacau)

Mata yang buta, orang datang memimpin

Kaki yang sakit, orang datang memimpin.

Hati yang susah biarkan Dia yang memimpin.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(At-Taghabun 64:11)

Jangan terlalu risau, ambil sedikit masa untuk senangkan hati. Kawan2 kan ada







InsyaAllah selepas keesusahan kan ada kesenangan. Percayalah.



(SSABSA dah habes!!)























01 October 2009

Berusahalah sedaya Upayamu


Memang sukar untuk mendapatkan sesuatu. Lebih2 lagi, jika perkara itu, memang kamu amat2 harapkan untuk memperolehinya. Oleh itu, berusahalah


وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

(An-Najm (53:39) )





Walau bagaimanapun, jika kamu menangis akibat sukarnya menyusuri jalan2 itu, tidak mengapa, menangislah:



وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;



(An-Najm 53:43) )

berusahalah '-'


Berbaliklah kepada AlQuran dan Sunnah

Gunakanlah mata hati,

هَٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ



Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

(al-Jathiya (45:220) )

29 September 2009

Uzlah

Hari ini, tidak banyak perkara dilakukan. Hari ini lebih banyak berfikir. Perkara ini bukan menganggu fikiran, tetapi perlu kepada suatu jangka masa untuk difikirkan. Rasa ini datang lagi, rasa ingin duduk sendirian dan menyendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan. Tidak tahu berapa lama masa yang perlu diambil untuk difikirkan. Jika Nabi beruzlah di Gua Hira dari kecil hingga turunnya wahyu, bagaimana pula dengan aku?

Ini adalah perang. Aku tidak boleh kalah. Siapa aku? Aku adalah ummat Rasulullah. Rasulullah adalah Nabiku. Datang dengannya adalah risalah. Risalah itu ada ditanganku.
Telah diberikan kepada langit dia menolak. Telah diberikan kepada gunung dia menolak. Kini risalah sampai kepadaku. Aku ditakdirkan beriman dengannya.

Ini adalah nikmat. Tugas ini adalah berat. Hidupku matiku kerana Allah. Tetapi kenapa banyak benda yang mengganggu. Dosa-dosa menghantui diri. Nikmat-nikmat dunia memujuk hati. Wahai diri ingatlah akan pertemuan dengan Tuhan. Pertemuan yang menentukan arah hanya dua jalan.

Wahai keyakinan datanglah kepadu, Wahai rendah diri sila keluar dari hatiku. Wahai sabar sentiasalah bersamaku. Ya, Allah tunjukkanlah jalannya kepadaku.

dan kamu,
tolong bantu aku

13 September 2009

Tidak menjadi hal !




Setiap hari kita membesarkan kan Allah s.w.t.
Sedangkan Allah sudah sedia Maha Besar.

Allah s.w.t menyuruh kita membesarkan-Nya sedangkan jika kita tidak melakukannya, tidak akan memberikan sedikit kesan pun pada-Nya. Kebesarannya tidak pernah akan kurang.




Kita disuruh untuk bersyukur. Allah s.w.t menyuruh kita untuk bersyukur dengan nikmat-Nya dan jangan kita kufur.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Al-Baqara (152)


Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Pujilah Allah s.w.t. . Allah s.w.t menyuruh kita memuji diri-Nya sedangkan Dia Maha Terpuji dan tidak memberikan sebarang kesan langsung kepada diri-Nya sekiranya kita tidak memuji Allah s.w.t.

وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
Ar-Rum (18)


Jadi mengapakah kita disuruh melakukan semua itu?
Membesarkan-Nya.
Memuji-Nya.
Bersyukur kepada-Nya.

Semuanya adalah untuk diri kita sendiri. Kita ni lemah. Tidak punya apa-apa. Hanya Dia tempat kita bergantung, memohon pertolongan. Dengan melakukan kebaikan, bersyukur, memuji dan membesarkan Allah s.w.t tidak lain tidak bukan untuk faedah diri kita sendiri wahai kawan2.

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Al Isra (7)






Tetapi manusia tetap manusia. Amat tidak pelik jika kita lihat ramai manusia tidak mahu bersyukur walaupun kebaikannya adalah untuk diri mereka sendiri.

إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
Al-Adiyat (6)

Jadi. tetap tak mahu bersyukur? Tidak menjadi hal!


وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Luqman (12)

07 September 2009

Ikhlas



Tahukan anda, apakah perasaannya ketika kita memberikan sesuatu yang kita sayang kepada orang lain.
Sebenarnya, ia terpulang pada individu masing2.
kan?


وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
  
Firman Allah s.w.t
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Al Baqarah 2:265

susah rupanya mahu ikhlas '-'