Showing posts with label aktivitas. Show all posts
Showing posts with label aktivitas. Show all posts

01 February 2011

semalam keluar jalan2 naik kereta saga laju dengan hizanes comel dan rakan2 pergi Queensbay Mall kat pulau.

jalan2 makan pizza sedap, makan jeruk masam, satay ikan pedas sikit.

Jalan2 tepi laut, angin kurang bertiup, nikmati waktu senja.

Naik feri awal malam, angin sejuk nyaman, anak obor2 berenang renang.

ponteng kelas piano.haha.

14 May 2010

Winter Gathering Melbourne 2010

finally. done with the video


the rejected poster. hahha. well never mind.





APPROVED VIDEO! at last...
so how was it? cool eh? gagaga. mengucap2.

20 April 2010

video mount lofty


mount lofty adelaide, australia 09

makan malam selepas volley...


makan malam selepas volley.
makan banyak dengan harga yang murah di
Sofia pizza house.

10 April 2010

belajar memandu bersama ariff


lokasi: altona
jenis kenderaan: camry 2003 auto


tempoh pembelajaran: 1 jam. ada lagi 119jam untuk dihabiskan.

sedang mencari guru seterusnya

15 March 2010

perjalanan separuh hari ini

pada pagi yang kurang sejuk itu aku telah bersiap untuk ke uni.setelah solat subuh aku cuma baring baring membaca blog orang di telefon.sudah menjadi kebiasaan untuk tidak tidur selepas subuh.ditambah pula dengan asap asap masakan Nasi Lemak Bonda AUD3.50 oleh Farhan dan Hanis di dapur.rajin sungguh mereka.

seperti biasa sebelum bertolak, aku ke meja belajar Hanis untuk memerint segala lecture note pada hari ini.sedikit malang kerana entah apa masalahnya laptop ini tidak boleh menginstall driver printer Hanis mahupun Farhan.setelah itu turun ke tingkat bawah dimana basikal diletakkan disitu.dengan menggunakan pam basikal Farhan maka dipamlah tayar basikal itu depan dan belakang.setelah semuanya selesai maka berangkatlah beta ke uni.

jam tefon burok ini menunjukkan pukul 9.00 pagi sewaktu di Brownless Biomedical Building.aku mengeluarkan student diary lalu melihat no kod buku teks yang aku perlukan untuk mengasist kestadian aku pada pagi ini.aku ke tingkat dua.rak buku buku ditingkat dua sebahagiannya dibalut dengan plastik dan ada yang dihalang dengan police tape ditepek lagi dengan kenyataan 'due to hailstrom'.

setelah mendapat buku Introduction to Genetics Analysis itu maka duduklah aku dimeja hitam.aku perlu menyiapkan diri dengan pemahamam yang jitu bersempena subjek Experiment Genetics yakni subjek prektikal yang selama 4 jam berturut turut pada setiap hari Khamis.dan sebagaimana maklum bahawa assesmentnya adalah pada tiap tiap minggu dan minggu ini tidak terkecuali.

dengan semangat yang jitu juga maka duduklah aku disitu hingga jam 12 tengah hari lalu ke Law Building lecture theatre GM15 untuk subjek Biochemistry bersama Irene Stanley yang comel selama 1 jam kemudian bergeraklah segera ke Medic Building untuk tutorial Principle of Genetics.dan pada tutorial itulah kesedaran bahawa pemahaman masih belum belum jitu.jadi pada akhir tutorial bertanyalah aku sedikit soalan untuk menambah pemahaman.

lalu aku sedar bahawa dengan 1 jam bersama tutor atau lecture, kadar pemahaman akan increse beberapa kali ganda.lagipun subjek genetic tidak memberikan jawapan untuk problem yang dipostkan di portal.jadi perlulah rajin berbincang.mungkin.

cadangnya hendak stay sampai malam, ke kuliah tafsir quran di surau pelham lalu pulang tetapi apakan daya kerana menurut newton's law N sebagai simbol SI nya, hari ini adalah giliran memasak.jadi disinilah aku sekarang mengunyah roti bakar Coles menaip naip sambil menunggu ayam defrost di dalam air panas di dalam mangkuk silver di singki apartment 4/623 drummond st,carlton north 3054,vic au.



13 March 2010

ambil gambar

ehsan maulud nabi and open house bbq
venue: malaysian hall
date: 13 march 2010 sat

maulud nabi

keluar ke malaysian hall.ada sambutan maulud nabi di situ.jom jom,